Monday, 28 April 2014

Program Business Mania

Program Business Mania (KIZ)

Business Mania adalah merupakan program berbentuk keusahawanan yang dianjurkan oleh Sekretariat Business Mania.Business Mania dianjurkan untuk menyediakan platform kepada mahasiswa/i yang menjalankan Online Business untuk mempromosikan produk mereka secara nyata serta memberi peluang kepada mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di universiti untuk meluaskan jaringan pemasaran mereka terutamanya kepada mahasiswa/i Kolej Ibu Zain

Program ini diadakan adalah untuk menonjolkan bakat usahaniaga dalam diri mahasiswa/i di samping mendedahkan kepada mereka cara-cara mempromosikan produk mereka melalui Pertandingan Pelan Pemasaran. 

Pertandingan Pelan Pemasaran ini akan disertai oleh para mahasiswa/i yang menyertai aktiviti jualan dalam program ini yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka perlu membentangkan pelan pemasaran yang mereka lakukan sepanjang tempoh jualan produk mereka di program ini. Di samping itu, kami turut mengundang pihak-pihak luar yang berminat menyertai program ini bagi memeriahkan program ini.

Berikut adalah gambar semasa Program Business Mania.

















Pertandingan Pelan Pemasaran:
Pertandingan ini disertai oleh mahasiswa/i daripada UKM. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa/i Kolej Ibu Zain dan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan semasa aktiviti jualan di program ini. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan iaitu seramai maksimum 4 orang satu kumpulan. Pelan Pemasaran yang dilakukan mestilah berdasarkan strategi-strategi pemasaran yang digunakan untuk  menarik minat pengunjung. Para peserta perlu menyediakan proposal awal sebagai pengenalan kepada perniagaan yang dijalankan


No comments:

Post a Comment