Keajaiban kunyit
Rahsia
penawar daripada kunyit ini ialah daripada warna kuningnya yang dinamakan
sebagai kurkumin (curcumin). Ia bahan penyembuh terbaik di dunia yang 100
peratus diekstrak dan dipiawaikan untuk kesihatan tubuh badan.
Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford di United
Kingdom, Prof Gerard Bodeker, kunyit salah satu daripada herba penawar penyakit
terbaik di dunia dan sudah lama digunakan secara meluas terutama di Asia.
Foto
Menurut beliau, kurkumin adalah bahan aktif utama yang mampu
menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada serangan penyakit.
Ia juga dikenali sebagai bahan penyembuh terbaik dalam dunia
perubatan tradisional dan moden.
Ekstrak kurkumin mengandungi polifenol adalah komponen
bioaktif kunyit yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh bagi membantu mencegah
tanda awal kanser.
Walaupun kebaikan dan manfaat kunyit sudah diketahui ramai,
sebelum ini ianya tidak dipiawaikan dengan cara yang betul untuk kegunaan
komersial.
Selain itu, kunyit perlu diekstrak untuk mendapatkan bahan
aktif utama yang dinamakan kurkumin supaya ia memberi kesan lebih maksimum
berbanding serbuk kunyit biasa.
Manfaat kunyit tidak harus terhad kepada warisan cerita
turun-temurun, tetapi ia perlu dikaji secara ilmiah agar tidak menimbulkan
keraguan kepada orang awam.
Ini kerana hanya dengan kajian saintifik kita akan dapat
mengetahui dengan jelas keberkesanan kunyit untuk menyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan.
Anti radang
yang berkesan
Menurut Prof Bodeker yang lama berkecimpung dengan kajian
herba dari Asia, kunyit bukanlah terhad kepada wanita bersalin seperti yang
dipercayai ramai.
“Sebahagian besar masyarakat Melayu masih mempercayai bahawa
kunyit hanya baik untuk wanita bersalin. Ini sangat merugikan kerana khasiatnya
sangat banyak terutama sebagai antiinflamatori atau dalam terma Melayu, radang.
Ia adalah keadaan setempat fizikal di mana sebahagian
daripada badan menjadi merah, bengkak, panas dan sering menyakitkan, terutama
sebagai reaksi kepada kecederaan atau jangkitan.Setiap penyakit bermula dengan radang dan kurkumin adalah
anti-radang yang sangat baik,” katanya.Kajian mendapati kurkumin menyekat molekul NF-kB daripada
bergerak ke dalam sel nukleus dan menghidupkan gen yang berkaitan dengan
keradangan. NF-kB dipercayai memainkan peranan utama dalam banyak penyakit
kronik.
Meneutralkan
radikal bebas dalam badan
Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas,
Amerika Syarikat, kurkumin salah satu komponen kunyit mempunyai keupayaan untuk
meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan.
Radikal bebas adalah bahan kimia yang terkandung di dalam
badan akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.Ia tidak stabil dan boleh mempercepatkan penghasilan sel
kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit yang menyebabkan penuaan kulit.Oleh kerana itu, kurkumin bersifat antioksida, maka ia mampu
melawan radikal bebas ini di dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit
kronik. Malah, kurkumin juga meningkatkan aktiviti enzim antioksida secara
semula jadi di dalam badan.
Bertindak
balas dengan sel kanser
Prof Bharat Aggarwal dari Anderson Cancer Center di Amerika
Syarikat menjalankan banyak uji kaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser
hati yang tidak menjalani proses kemoterapi.Didapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil dengan
sendirinya. Beliau menerangkan bahawa kurkumin efektif terhadap beberapa jenis
penyakit barah kerana ia mampu menyekat angionesis, iaitu pembuluh yang membekalkan
darah kepada sel kanser.Beliau menegaskan: “Pada pendapat saya setiap penyakit barah
mampu bertindak balas dengan kurkumin.Kurkumin begitu berkesan terhadap kanser kerana ia mencecah
bukan sahaja sasaran tunggal atau isyarat sel laluan (cell signaling pathway),
tetapi berpuluh-puluh sasaran terhadap kanser.”Ini bukanlah penemuan pertama mengenai tindak balas
kurkumin terhadap kanser, tetapi terlalu banyak kajian yang sudah dijalankan
sebelum ini berkenaan kesan kurkumin terhadap pelbagai penyakit barah.
Cegah
kemurungan Alzheimer
Suatu masa dulu, dunia perubatan mempercayai bahawa neuron
otak tidak membiak atau membahagi selepas zaman kanak-kanak. Tetapi, kini
kajian terbaru menyangkal kepercayaan sebegitu.Neuron mampu membentuk sambungan baru, malah pada bahagian
tertentu di dalam otak, neuron juga boleh membiak dan meningkatkan
bilangannya.Salah satu daripada pemacu utama proses ini adalah
Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) iaitu sejenis hormon pertumbuhan yang
berfungsi di dalam otak.Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap
penurunan hormon ini. Ini termasuk kemurungan dan penyakit Alzheimer.Menariknya, kurkumin boleh meningkatkan tahap hormone BDNF
di dalam otak. Oleh yang demikian, ia mungkin berkesan melambatkan atau
merungkai masalah penyakit penurunan aktiviti otak yang berkaitan dengan
faktor usia.
Atasi
masalah penyakit jantung
Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di dunia. Ia
dikaji selama beberapa dekad dan penyelidik mula memahami sebab berlakunya
serangan jantung.Ternyata penyakit jantung sangat rumit dan ada pelbagai
perkara yang menyumbang kepadanya.Kajian di Amerika Syarikat mendapati kurkumin membantu
memperbaiki fungsi endothelium yang merupakan lapisan saluran darah.Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial sebab
utama serangan sakit jantung. Ia membabitkan ketidakupayaan endothelium untuk
mengawal tekanan darah, pembekuan darah dan pelbagai faktor lain.Berdasarkan kajian di atas, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa kunyit sememangnya adalah herba yang mempunyai kesan pemulihan semula
jadi terbaik.Melalui pengambilan berterusan dan teratur, kunyit dapat
membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi.Namun, kita juga seharusnya mengamalkan cara hidup yang
sihat dengan menjaga pemakanan dan selalu bersenaman agar kesihatan lebih
terpelihara.
No comments:
Post a Comment