Tuesday, 27 May 2014

Sharing Session :)

Salam Sejahtera  dan salam satu Malaysia kepada semua ,

Pada hari ini saya ingin berkongsi peristiwa ketika saya dipilih menjadi  Majlis Eksekutif Pelajar (Student Executive Council) sesi 2014/2015 bahagian Akademik Kolej Ibu Zain.Tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan tentang perasaan saya apabila terpilih menjadi MEP pada 23 Mei 2014. Gembira? Sedih?  Ya, semua ada.

Pertama sekali, saya rasa gembira dan bangga kerana diberi penghormatan oleh pihak Kolej dan ia bukanlah satu perkara yang  mudah untuk menjadi seorang MEP sedangkan ramai lagi yang ingin menjawat sebagai MEP dan mereka bukanlah calang-calang orang. J  Ya, perasaan gembira itu tetap ada dalam hati yang kecil ini namun wujud juga perasaan takut untuk memikul tanggungjawab ini kerana ia bukan berkait dengan tugas semata-mata tetapi pada masa yang sama harus memimpin pelajar-pelajar yang lain.

Bersama rakan MEP & Mantan MEP
Bersama rakan MEP ketika Majlis Perlantikan MEP untuk satu UKM


Masa, ia itu adalah salah satu perkara yang harus dikorbankan apabila menjadi MEP, namun itu bukanlah satu perkara yang harus dirungut kerana untuk mencapai sesebuah kejayaan ia memerlukan pengorbanan. Ya, ini adalah takdir saya yang telah tertulis dan satu tindakan harus dimulakan dan tidak berguna lagi untuk mengeluh atas apa yang terjadi, kerana sesuatu perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Hehe. J

Tugas yang diberi akanku laksanakan dengan sebaik mungkin!! Pengiktirafan yang diberi bukan untuk meninggi diri tetapi untuk meningkatkan dan memajukan diri.
Sekian. Salam sayang dan selamat maju jaya untuk diri saya sendiri  <3.
Jemputan Majlis Perlantikan peringkat Kolej

Gambar kenangan bersama Pengetua, timbalan Pengetua, barisan Felo, dan Rakan Seperjuangan saya iaitu barisan MEP sesi 2014/2015

No comments:

Post a Comment